Tarikh: 29 July 2006
Tempat: Safira Sports Planet
Masa: 8.30am – 6.00pm
CDM Junior Line up:
Wadinho – 10
Badinho – 9
Pawinho – 7
Faizalinho – 88
Hadinho – 11
Nulinho – 21
Gazza – 8
Amilinho – 1
1st match:
Process II, Lost 1-Nil
2nd match:
Maulana FC, Won 4-0
3rd match:
CDM General, Won 6-1
4th match:
Cotek Emas, won 5-0
5th match:
CMY Brothers, Lost 2-Nil
Quaterfinal match:
Facility Stars, Won 2-Nil
Semifinal Match:
Sendayu Tinggi, Lost 4-Nil
3rd and 4th place:
TFS Joint Team, Won 4-0
Akhirnya kejohanan futsal yang dinanti telah tiba dan berakhir dengan jayanya.
Team aku telah berjaya mendapat tempat ketiga. Tak banyak yang boleh dikesalkan memandangkan semua pemain telah mencuba yang terbaik untuk mencapai tahap tersebut. Kami merupakan pasukan bukan pilihan awalnya telah menampilkan sesuatu yang tak dijangka oleh pasukan-pasukan lain yang dianggap lebih baik.
Walaupun terpaksa mengambil posisi penjaga gol pada 6 perlawanan, tapi pada perlawanan terakhir aku sudah tidak sabar untuk beraksi seperti biasa, dan hasilnya semua empat gol menjadi milik aku. Akhirnya, kasut Adidas Futebol Sala aku berbakti, dan mungkin inilah kejohanan yang terakhir buatnya. Setelah hampir dua tahun memakainya, inilah kejayaan paling manis. Selepas ini Nike Victoria akan mengambil alih.
Joga Bonito!!!
Pada tahun 1997 aku ada mencatatkan impian dan peristiwa-peristiwa ketika itu. Catatan itu aku letakkan ke dalam sebuah kayu dan aku tanamkan di belakang rumah. 30 Jun 2006 merupakan tarikh di mana aku perlu membuka kotak tersebut. Kotak impian tersebut aku namakan TIMECAPSULE.
TIMECAPSULE aku masih belum dibuka. Tarikh yang dinanti berlalu begitu sahaja.
Inspirasi TIMECAPSULE ini datang dari guru Matematik di SokSek dulu, Cikgu Suhaimi Abdul Majid. Banyak kata-katanya yang membakar aku untuk jadi seorang yang optimis. Adanya TIMECAPSULE, bagai kita menjana impian kita, lalu melaksanakannya dalam tempoh masa tertentu, misalnya 5 atau 10 tahun. Dapatkah kita menjayakan impian kita dalam tempoh tersebut. Ada antara catatan-catatan tersebut yang masih aku ingat dan ada yang telah aku lupa.
Aku menanti apakah implikasinya kepada diriku apabila aku telah membuka TIMECAPSULE itu nanti. Jadi lebih baik, sama saja, atau semakin teruk. Namun bagi aku, TIMECAPSULE itu amat istimewa, bagai sebuah Kotak Kenang-Kenangan. Aku merasakan bila aku membukanya nanti segala kenangan-kenangan akan terimbau dengan sendirinya. Dan aku berharap setiap kenangan itu terus mendewasakan ku.
Kerana, hanya tinggal itu saja coretan-coretan yang membawa kenangan, semua diari-diari yang pernah aku miliki telah tiada. Ada yang aku buang, bakar dan berikannya pada orang. Kerana, banyak yang di dalam diari-diari itu hanya kisah -kisah sedih seorang lelaki dhaif.
Kenangan itu, aku kunci dalam hati, kuncinya ku lempar jauh ke lautan luas.
Banyak yang berlaku kebelakangan ini, tapi aku tak menyempat untuk menulis blog ini. Aku seperti tak ingat tarikh 30 Jun 2006. Berlalu begitu saja tanpa aku sedari. Sememangnya tarikh yang aku tunggu-tunggu selama hampir 10 tahun; TIMECAPSULE aku sampai masa untuk dibuka. Agenda membuka TIMECAPSULE tak ada dalam diari bulan ini. Aku ingin kongsikan TIMECAPSULE itu dengan orang teristimewa. Namun, masih belum kesampaian.
TIMECAPSULE sahaja banyak cerita dan sejarahnya. Mungkin hujung bulan Ogos nanti aku akan membukanya; laku menyaksikan, mengenang dan menghitung perjalanan hidupku hampir 10 tahun kebelakangan ini. Kadangkala sifat optimis sering buat aku kecewa, tapi suatu ketika pula buat aku penuh semangat menjalani kehidupan penuh cabaran. Laluan kehidupanku tak pernah mudah. Tinggalkan dulu cerita kehidupanku yang selalu membuatkan orang bosan, aku bakal ceritakan kisah TIMECAPSULE dalam "Thought of Mine".
Minggu lepas, banyak aktiviti yang dilakukan. Ke rumah Rina; makan-makan durian, ke Lata Bayu; mandi-mandi, ke rumah Hadi; makan-makan lagi, dan ke Ulu Lenggong; berendam air panas, konon-kononnya untuk relieves the pain.
Memang menarik dapat jalan-jalan, dan juga boleh makan free. Syukur padaNya. Hari Ahad pula, makan-makan lagi di rumah Wadi. Malam ada perlawanan persahabatan futsal antara CDM dan Engineering. Kalah lagi 16-12. Persiapan untuk kejohanan antara department kurang berjalan lancar selepas kami kalah dua kali dan seri sekali dalam dua perlawanan persahabatan rasmi. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat pasukan yang betul-betul tahu seni bermain futsal. Apapun kami pasti mencuba yang terbaik untuk mencabar kehebatan pasukan-pasukan lain.
Minggu sebelumnya pula, gambar aku terpampang di majalah syarikat yang diedar ke site seluruh dunia. First time in publication since 1993. Masa tahun 1993, muka aku ada dalam paper Utusan kalau tak silap; liputan khas untuk program pelajar-pelajar kawasan pedalaman yang menyertai program khas Kerajaan Negeri Perak. Masa tu memang jakun maklumlah budak kampung dapat bersekolah di bandar. Memang seronok bila dengar nak masuk paper, tapi keratan akhbar tu tak dapat, cuma mungkin ada dalam arkib. Di sini aku paparkan sedikit kenangan minggu lalu. LIVE my LIFE……..
Harapan aku untuk pasukan yang akan menjulang World Cup hanya pada Itali dan Portugal. Kecundangnya Brazil dan Argentina memang sesuatu yang sukar diterima bagi peminat-peminat bola sepak Latin; tak ada lagi Samba dalam permainan bola sepak Brazil, semuanya membosankan.
Entah apa dalam fikiran jurulatih Carlos Alberto bila tak dapat menggunakan
bakat-bakat seperti Ronaldinho, Juninho, Robinho dan Kaka. Kuda-kuda tua seperti Emerson, Cafu dan Ze Roberto sudah tidak lagi efektif untuk permainan fast pace yang memerlukan kepantasan dan ketepatan tahap maksima.
Apa pula yang ada dalam fikiran Jose Pekerman; mengeluarkan Juan Roman Riquelme yang merupakan antara pemain tengah terbaik kini. Riquelme merupakan pemain paling efektif sebelum penggantinya hampir langsung tak dapat menyerap tekanan-tekanan pemain German. Riquelme bertahan dengan menyerang, tapi Cambiasso yang merupakan seorang defensive midfielder tak dapat bertahan dengan baik.
Bagi aku andai Brazil masih dibimbing Luis Felipe Scolari, mungkin barisan mereka adalah yang paling efektif dan tak terkalah. Master tactician seperti Scolari tak akan mensia-siakan bakat-bakat yang mampu menyumpang secara 100% kepada pasukannya.
Aku kini menaruh harapan kepada skuad Azzurri untuk menghalang dominasi Germany. Nampak sukar memandangkan Itali kurang konsisten berbanding German yang semakin hari semakin mantap dengan kombinasi barisan muda dan berpengalaman. Forza Italia!!!!!!!
@Nizam and Wadi: Argentina dah keluaq, so hang sokong mana sekarang.
@Bad: Harap Portugal boleh menghalang France…
Recent Comments