Uuuuuhhhhhhh…aaaahhhhhhhhh…World cup fever… Aku lama tak boleh menulis di dalam blog kisah-kisah yang aku lalui. Rasanya aku nak cerita sekarang pun, semuanya dah tak best, kerana ada cerita yang lebih best dari cerita-cerita aku yang lama.
Post aku dalam Thought of Mine pun dah basi. Last post semua pasal Champions League, sekarang dah World Cup.
Baru-baru ni pun aku dah balik kampung setelah hampir setengah tahun. Tapi tak dapat lama, moga-moga cuti Hari Merdeka nanti aku dapat pulang ke kampung lagi. Depan rumah telah penuh dengan rumput yang aku tanam dahulu, subur menghijau. Walaupun hanya boleh dilihat dan dipijak, tapi kepuasan tetap ada.
Begitulah kehidupan aku kini, di malam hari. Banyak yang tak normal, bermain bola/futsal pun di malam hari. Aku berasakan yang sistem badan aku dah bermutasi, memanglah rasa tak selesa, nikmat tidur siang memang tak sama memang tak sama seperti tidur di malam hari. Ada hikmahnya Allah ciptakan malam, untuk kita berehat dan mendekatkan diri padaNya. Entah berapa lama aku dapat bertahan begini. Buat masa ini, banyak perancangan yang terencana dalam kepala otak aku ni, tapi masih tiada jawapan pasti. Apapun pengorbanan pasti ada, tak terkecuali impian kita, sama ada tak tercapai, tak realistik, terlalu optimis atau terpaksa mengorbankan impian tersebut demi mencapai sesuatu yang lebih pasti dalam kehidupan mendatang.
Rakan-rakan artis semakin hari semakin ramai yang menamatkan zaman bujang. Biasalah, umur-umur sebegini memang dah sampai masa, apatah lagi bagi perempuan. Kalau tak kahwin pun, banyak gosip-gosip panas yang akan kita dengar tentang rakan-rakan seperjuangan kita. Aku masih percaya pada kata-kata ini "LIVE FOR LOVE" atau "BELIEVE in LOVE", dan juga "FOR THE LOVE of THE GAME".
Hiduplah dengan cinta. Kerana Allah telah ciptakan kita dengan cinta, memberikan kehidupan kepada kita juga dengan cintaNYA yang agung. Jika tiada cinta di dunia, porak-perandalah ia.
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tapi membangkitkan semangat" – HAMKA
@Dan, hang pulak sokong mana…habaq mai…
Aku masih suka tengok Brazil main walaupun nampak depa over confident sikit tahun ni…Apa pun..For the love of the game..pagi ni tgk Brazil…Joga Bonito (Play Beautiful).
Recent Comments