Mimpi yang belum sempurna
"Mungkinkah bila kubertanya pada bintang-bintang
Dan bila kumulai merasa bahasa kesunyian
Sadarkah aku yang berjalan dalam kehampaan
Terdiam terpana terbata semua dalam keraguan
Aku dan semua yang terluka karena kita
Aku kan menghilang dalam pekat malam
Lepas ku melayang
Biarlah kubertanya pada bintang-bintang
Tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna"
Enjin bas Gunung Raya Ekspres menderum kuat membuatkan aku terjaga dari tidur yang tak pernah lena. Entah keluaran syarikat mana bas ini, luarannya nampak elok tapi enjinnya teruk, penghawa dingin pula tak berfungsi seperti yang diharapkan. RM27 untuk perjalanan ke Kuala Lumpur seperti tak berbaloi. Sejak pagi tadi aku merasakan tindakanku untuk menghadiri temuduga di sana kurang betul. Ada yang dirasakan tak kena. Bosan betul di dalam bas, nota-nota habis ku baca sebagai persediaan ke temuduga. Televisyen pun tak ada.
Lebih kurang jam tujuh petang aku sampai di Puduraya. Kesibukan di kotaraya besar tak perlu lagi diterjemahkan. Aku masih lagi seperti orang asing di sana. Hampir sebelas tahun di Pulau Pinang, aku amat jarang pergi ke negeri-negeri lain. Cuma dalam masa setahun ini telah empat kali aku ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi temuduga. Aku hanya tahu menggunakan LRT untuk bergerak ke satu-satu tempat, tapi kadang-kadang sesat juga. Tambang LRT juga sering mengelirukan. Plaza Rakyat ke Cheras RM1.70, Jalan Sultan Ismail ke Cheras pun RM1.70, adakah cashier yang silap atau memang begitu kadar tambangnya. Tolong jelaskan…
Dari stesen LRT Plaza Rakyat aku mengambil LRT ke Cheras. Rumah abang tidak berapa jauh dari stesen LRT tersebut. Baru beberapa bulan saja dia tinggal di rumah tersebut. Masalah datang lagi, aku terlupa bertanyakan nombor rumah, kredit telefon bimbit masih belum diisi, enam buah telefon awam Telekom Malaysia di stesen LRT Cheras semuanya tak boleh digunakan, kedai-kedai berhampiran pula tak ada yang menjual kad isian semula. Terpaksalah aku meronda di sekitar kawasan perumahan untuk mencari telefon awam, susah betul nak cari telefon awam di bandar besar ini. Semua orang dah pakai telefon bimbit agaknya. Di kawasan perumahan tersebut, semua telefon rosak, termasuklah telefon milik syarikat TIME. Sewaktu azan maghrib berkumandang, berakhirlah pencarian telefon awam. Itu pun dah terlalu nazak, mujur telefon Uniphone itu masih boleh digunakan.
Keesokan paginya, abang menghantarku ke tempat temuduga di Jalan Raja Laut. Sampai di sana lebih kurang jam 9.50 pagi, waktu dijanji adalah jam 10 pagi. Aku diletakkan di bilik menunggu bersama calon-calon lain, dalam jam 10.15 pagi aku diberikan tiga set kertas ujian. Aku menolak untuk mengambil ujian tersebut lalu terjadilah episod yang aku pun tak suka nak ceritakan. Jawatan pelatih pengurusan IT di kolej teknologi tersohor tersebut tak seperti yang aku harapkan, juga tak seperti yang diiklankan di suratkhabar. Apa yang ditawarkan adalah seperti skim latihan graduan juga, tapi pendekatan sedikit berbeza. Latihan yang akan diberikan adalah untuk menyediakan tenaga kerja dalam bidang pembangunan sistem maklumat. Tempoh latihan adalah lebih kurang enam bulan, jika berjaya elaun bulanan dalam tiga bulan pertama hanya RM500. RM500 di KL!!! Kecewa betul.
Rasanya semua seperti sia-sia. Seminggu yang penuh cabaran dan dugaan. Kita sebagai hamba Allah memang tak putus-putus dengan ujian. Sabarlah….
Minggu lepas, aku telah memperoleh sijil dari Microsoft. Memandangkan aku telah gagal modul Active Directory, aku hanya memperoleh Microsoft Certified System Administrator. Tahniah kepada rakan-rakan INSEP lain yang telah dinobatkan sebagai Microsoft Certified System Engineer. Peperiksaan semula tak dapat dijalankan pada 18 Jun seperti yang aku harapkan kerana tak mendapat kebenaran daripada PSDC, itupun satu hal, "Ikut hang la Swee Guat nak buat bila, payah betui nak negotiate dengan hang". Aku meluat bukan kerana apa, cuma terlalu banyak alasan yang diberikan. Jadi peperiksaan semula mungkin akan diadakan pada 30 Julai. Cramming my brain again. Bukan apa, aku pasti Microsoft pasti akan mengeluarkan soalan-soalan baru yang lebih mencabar….wachaaa!!!
My dream is to be "god of forest".



Recent Comments