Alhamdulillah hari ini telah masuk 16 Ramadhan. Umat Islam yang menjalankan ibadah puasa kini berada di pertengahan bulan Ramadhan dan menghampiri bahagian terakhir Ramadhan. Ramadhan datang setahun sekali adalah bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Inilah waktunya kita mengambil peluang untuk berusaha lebih kuat memantapkan ibadah dan meningkatkan keimanan.
Pada malam pertama Ramadhan, di masjid tempat aku tinggal umat Islam berpusu-pusu memenuhkan masjid sampai koridor masjid pun penuh, aku yang datang sedikit lewat tak dapat jemaah bersama. Bayangkan tok imam pun tak dapat masuk, malam tu aku tengok tok imam patah balik rumah, imam lain yang mengimamkan solat nampaknya.
Kini setelah 15 Ramadhan berlalu, hanya tinggal beberapa saf sahaja. Namun masih memberangsangkan. Kehadiran jemaah Subuh juga berkurang kini tinggal dua saf sahaja. Ketika bukan bulan Ramadhan, Subuh hanya satu setengah saf sahaja.
Ramadhan keseluruhannya adalah madrasah untuk kita meningkatkan keimanan kita pada Allah. Di bulan Ramadhan ini kita banyak diuji ketahanan hawa nafsu kita dengan perkara halal. Di situ kita boleh tahu di mana kekuatan kita. Di bulan biasa aku kurang mengantuk di waktu malam, tapi di bulan Ramadhan mengantuk jadi musuh aku. Belum pun jam 10, mata dah tak sabar-sabar nak pejam. Akibatnya tarawih yang dilakukan tidak khusyuk. Nyata aku adalah insan-insan yang rugi.
Ramadhan bukan sekadar berpuasa. Ramadhan adalah hadiah Allah kepada hamba-hambanya. Aku mohon pada Allah agar aku dapat mengharungi baki Ramadhan dengan jayanya. InsyaAllah.
Alhamdulillah, Syahmi kini satu tahun pada 30 July lepas.
Kalau mengikut perkiraan bulan Hijrah,pada 8 Syaaban lepas Syahmi telah satu tahu. Sempat juga aku buat gathering bersama jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat pada malam Sabtu. Gathering kecil-kecilan sahaja. Maaflah tak sempat jemput semua rakan-rakan. Inilah pertama kali aku dan isteri membuat gathering seperti ini di rumah sewa kami.
Aku memang sengaja mengambil cuti untuk menyiapkan beberapa keperluan. Isteri pula hanya berkerja half day. Syahmi aku tinggalkan di rumah pengasuh, jam 5.30pm baru aku ambil. Kalau tak memang tak jadi kerja. Menu simple sahaja; bihun goreng, spagetti dan ayam rempah. Semua isteri yang masak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Syahmi mula berjalan ketika dia mencecah 11 bulan dan kini dia dah semakin menguasai skill berjalan
. Sepanjang hari dia main dan main hingga lewat malam. Jadi kini memang susah nak tidurkan dia. Kadang-kadang aku dah isteri dah terlelap Syahmi masih lagi bermain-main sampai dia berasa puas dan tidur sendiri.
Genap satu tahun, semalam aku membawa dia untuk suntikan imunisasi. Masa cucuk memang menangis, tak sampai seminit happy kembali.
Pada rakan-rakan yang datang. Terima kasih. Pada rakan-rakan bujang tu, kahwin la cepat-cepat. :p
Cheers!
Setelah post terakhir aku pada hujung minggu, aku gagal untuk update blog ini. Begitu juga dengan niche-niche blog yang lain. Beberapa projek juga belum berjalan seperti yang dirancang. Dalam sebulan ini Syahmi dan family jadi priority. Perkembangan anak perlu diteliti dan ini adalah masa-masa keemasan untuk melihat dia membesar.
Kalau mengikut perkiraan bulan Hijrah, Syahmi telah setahun pada hari Selasa lepas, 8 Syaaban. Kalau mengikut perkiraan tahun Masihi lima hari lagi adalah 30 July. Dan kalau mengikut perkiraan hari, 3 hari lagi Syahmi akan cukup 365 hari. Kurang lebih kini Syahmi telah setahun.
Dalam masa dua bulan mencapai setahun memang banyak perkembangan Syahmi. Kadang-kadang aku pun tak menyedari sehingga isteri menegur. Dalam 11 bulan Syahmi sudah punya 4 batang gigi dan sudah boleh berjalan. Kalau letih dia akan kembali merangkak. Kini sudah sampai masa untuk membentuk sikap anak. Kerana anak sudah boleh melihat dan meniru perlakuan ibu-bapanya. Tunjukkan sesuatu perlakuan atau perkataan, dia mampu meniru. Jadi perlu menapis apa yang negatif.
Meja kerja bukanlah tempat selamat bagi aku kini kerana Syahmi akan mengejar aku ke mana saja. Selagi masih belum tidur, selagi itu aku tak boleh membuat kerja. Jadi perlu fokus pada anak dulu. Anak sentiasa ingin perhatian. Dia sentiasa mencari cara menarik perhatian kita. Dia juga tahu, kalau-kalau kita berlakon memberi perhatian. Belajar menjadi ibu dan bapa adalah suatu perkara yang penting. Isteri dan anak adalah ujian dia dunia ini. Maka perlulah kita menghadapinya.
Minggu ini ada beberapa aktiviti yang aku lakukan.
Antaranya ialah membasuh karpet. Hari ini saja 3 karpet aku basuh. Dua hari tak exercise kiranya membasuh karpet dijadikan aktiviti kesihatan.
Selain daripada pulang ke kampung, setiap minggu aku memang ada aktiviti tertentu. Kadang-kadang memang aku plan dan kadang-kadang adhoc.
Cheers.
Alhamdulillah akhirnya selesai sudah masalah yang menghantui aku lebih dari sebulan. Semua blog aku di hosting berkenaan telah pulih seperti sediakala. Comment section telah muncul dan aku amat gembira. Masalah ini memang mempengaruhi aktiviti blogging aku kerana sebelum ini aku baru sahaja berpindah ke hosting berkenaan. Selesai berpindah hosting aku ingatkan tak ada masalah, tetapi selepas beberapa hari baru aku menyedarinya.
Semalam masalah “Comments are Closed” telah berjaya diselesaikan oleh team support Jomhosting. Berikut adalah conversation trails dengan team support mereka.
Salam,
I am encounter “Comments are closed” problem in all my Wordpress blog hosting in Jomhosting started in early June. Until now I still couldn’t figure out the problem.
I have checked the setting in Setting> Discussion and it is fine. I also checked comment setting in each post which is also fine.
This morning I set up one new blog with Wordpress 2.92. The same thing happen.
Could you please check my blog?
See attachment for details.
Reply mereka tak sampai 24 jam.
wsalam Shafawi,
you can try now, let us know for updates on this error
thanks
Saya tanya apa penyebab error tersebut
Thank you.
Boleh saya tahu apa yg menyebabkan error tersebut.
Reply dari mereka
masalah ini disebabkan memory limit bagi akaun anda, kami telahpun meningkatkan limit tersebut.
terima kasih
Thank you all kepada yang sudi membantu especially bro Zul, Rohaizad, Boss dan team support Jomhosting.
Aku terus meronta dan meronta di mana-mana sahaja.
Maaf. Kali ini memang aku buntu. Berikut adalah conversation aku di forum support Wordpress.
Hi,
- switching to the 2010 theme to rule out any theme-specific problems? Done. Not work
- deactivating all plugins to see if this resolves the problem? If this works, re-activate the plugins one by one until you find the problematic plugin(s). Done. Not work.
- resetting the plugins folder by FTP or phpMyAdmin? Sometimes, an apparently inactive plugin can still cause problems. Done. Not work.
- re-uploading the wp-admin and wp-includes folders from a fresh download of WordPress? Done. Not work.
This morning I installing Wordpress 2.9.2 through Fantastico in for my new blog. Unfortunately, it face the same problem.
This morning I contacted my hosting provider if they can help.
Any idea what should I do now?
Memang aku ada hosting lain tetapi aku baru sahaja pindahkan 3 blog ke dari hosting lama ke hosting sekarang.
Di hosting sekarang, saya host 6 domain (unlimited domain). Semua adalah blog. Kesemua blog tersebut menghadapi masalah yang sama.
Di hosting lama masih ada 3 blog. Di situ tidak ada masalah kecuali hosting tersebut selalu down dan slow. 3 blog tersebut saya masih gunakan wordpress 2.9.2
Boleh jadi masalah hosting dan saya dah submit trouble ticket padi tadi.
Lihat screenshot di sini.
Recent Comments