Badminton Master (2) vs Jalan Tago B (3)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Isnin lalu, 14 September 2015, tema Badminton Master telah menjadi tuan rumah untuk perlawanan persahabatan menentang team Jalan Tago B. Ini adalah perlawanan badminton persahabatan kali kedua tahun ini. Menurut sumber risikan perlawanan kali ini lebih sukar kerana pasukan Jalan Tago ini telah lama ditubuhkan. Mereka juga telah lama bermain bersama. Walaupun mereka adalah team B, ia tetap sesuatu yang mencabar buat team kami.

Berbanding dengan pasukan Badminton Master, kami hanya bermain bersama, kenal pair masing-masing hanya dalam beberapa bulan ini. Team Badminton Master boleh dikatakan team baru belajar jika dinilai dari segi skil dan teknik, dan kami juga masih mencari keserasian antara satu sama lain.

Barisan pemain pada malam tersebut:
1. Bob/Abg Musa (Kalah, 0-2)
2. Abg Baha/Lan (Menang, 2-1)
3. Mat Suri/Shafawi (Menang, 2-1)
4. Zaidi/Roy (Kalah, 0-2)
5. Hairul/Azizul (Kalah, 0-2)

Walaupun kalah, namun kami tetap memandang pada sudut positif. Ia adalah pengalaman berharga buat team Badminton Master.

Beberapa gambar untuk tatapan.

One Response

Leave a Reply