Aku di sini

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Setelah lama tidak menulis dalam blog Thought of Mine, aku kini kembali untuk mencoretkan secebis pengalaman dan perkara-perkara yang aku sukai. Nama Thought of Mine aku pilih agar aku dapat mendedikasikan buah fikiran dan apa yang aku suka di sini. No offenses, no harms. Setiap post aku harap ada yang suka baca ataupun tak suka dan setiap komen yang diberi aku terima dengan hati terbuka.

Kali terakhir aku posting di sini adalah pada September 2007, time bulan puasa tahun lepas, kalau ikutkan nak dekat setahun dah. So dalam masa hampir setahun ni, banyak pengalaman juga yang telah aku lalui. Dan dalam masa hampir setahun ini juga aku membuat satu keputusan besar. hohoho!!! Keputusan aku adalah untuk berumahtangga, dan semuanya termeterai pada 17 Mei 2008.

Tak sangka kini aku dah bergelar suami orang. Jadi satu tanggungjawab besar perlu dipikul untuk menjaga amanah yang telah diberikan. Prinsip aku cuma “usaha dan tawakal pada Allah”. InsyaAllah akan dibentangkan jalan untuk membina sebuah rumahtangga yang harmoni.

Buat rakan-rakan artis yang belum kahwin tu, cepat-cepatlah usahakan. Kalau dah jatuh hukum kahwinlah. Bagi aku sebelum nak kahwin tu, banyak dugaannya dan selepas kahwin lagi banyak dugaan. Jadi kena banyakkan masa menghadap Yang Esa untuk menyucikan diri dan menenangkan hati. InsyaAllah, moga-moga akan menyusul pertolonganNya.

Setelah musim liga-liga terkemuka Eropah berakhir, maka June ini bermulahlah kejohanan EURO 2008. Terpaksalah bersengkang mata untuk tengok game-game yang menarik. Jangan menyesal kalau game tak menarik masa tengok time 2.30am. Pasukan pilihan aku masih lagi Itali. Sejak kecil memang suka team ini walaupun telah beberapa kali kecewa terutamanya pada EURO 2000 ketika kalah gol emas kepada Perancis. Banyak juga pasukan-pasukan lain yang hebat, tapi nantikanlah aksi-aksi pasukan tersebut. Pada penyokong England, jangan kecewa, cubalah untuk ke final Piala Dunia 2010 nanti.

Cheers!!!

One Response

Leave a Reply