Adidas Janeirinha Sala Review

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Sejak saya berpindah ke Kuala Lumpur memang jarang-jarang sekali bersukan. Berat pun dah naik beberapa kilo. Nasib baik ada kawan-kawan yang ajak main badminton dan futsal. Memang rindu untuk main futsal. Walaupun tak tentu, sebulan sekali pun dah cukup untuk melepaskan gian main bola.

Kasut futsal UMBRO yang telah dibuang sebelum pindah

Kasut futsal UMBRO yang telah dibuang sebelum pindah

Menggantikan kasut futsal Umbro yang lama, saya terjumpa satu kasut futsal Adidas berwarna pink. Kerana hanya ada satu sahaja, dan satu saiz sahaja kedai sukan tersebut jual dengan harga murah. Ada lagi warna lain seperti putih, hitam dan biru, tapi harganya agak mahal. Kasut ini kalau sesiapa perasan ia dipakai beberapa pemain futsal antarabangsa antaranya Kike dari Sepanyol.

Upper full mesh kasut tersebut membuatkan kaki tidak berpeluh. Banyak bahagian cotton berbanding sintetik membuatkan ia agak ringan. Untuk hard shooting kasut ini cukup baik. Bumper depan pula membolehkan sepakan ‘tonjol’ dilakukan dengan baik. Technology GRIP COMPOUND pada outsole membuatkan kita selesa untuk stop-move di pelbagai jenis court futsal. Saya telah cuba bermain di court rubberize, turf dan rumput tiruan. Hasilnya baik di court rubberize dan turf tapi ia agak licin di court rumput tiruan.

Shoot: 8/10 Dribble: 6/10 Pass: 7/10 Control: 8/10 Comfort: 8/10 Durability: 8/10

Leave a Reply