aaahhh..rindukan kampung

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

hoooooooooooooooo…lama betul tak balik kampung dan selama itu jugalah saya tak berjumpa dengan emak. Sejak Hari Raya Puasa lepas saya masih belum sempat pulang ke kampung dan dalam tempoh itulah macam-macam perkara pahit dan manis telah berlaku dalam hidup ini. Beginilah lumrah hidup merantau. Mungkin sampai habis training di PSDC baru saya akan pulang ke kampung.

Hidup di perantauan, tiada lagi keluarga untuk tempat mengharap belas dan mengadu sesuatu. Yang hanya cuma kawan-kawan di sisi. Dan saya pastinya berharap saya akan bertabah hati menghadapi segalanya. Gembira memang mudah dikongsi tetapi jarang sekali ada orang ingin berkongsi kepahitan. Nama pun pahit, mana ada orang nak suka. Moga hati ini terus tabah mengharungi segalanya. Doa dan restu emak yang saya harapkan dikala saya tak mampu lagi memberi apa-apa lagi padanya, doa jugalah yang selalu saya kirimkan. Moga sentiasa sejahtera ia hendaknya. Pada bapa yang telah 18 tahun meninggalkan saya, semoga Allah memberi segala rahmat dan kurnia padanya.

Semoga saya sentiasa cekal untuk menjadi anak yang baik. Semoga dapat membalas budi insan-insan yang pernah menolong saya. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berbuat begitu.
Dalam tempoh hampir setahun ini, saya juga cuba mencari Chubu Chan. Namun masih tidak dapat berjumpa. Hampir setahun……… entah bila akan dapat bertemu dengannya…….entah bila… mungkin takkan dapat bertemu lagi…namun kata orang jika ada kemahuan pasti dapat bertemu…

;-D

Leave a Reply